Loading...

Perihal Masjid

mjd2
Pada 2007 Majlis Agama Islam Kedah (MAIK) telah meluluskan untuk mewujudkan satu khariah baru di Bandar Puteri Jaya, Sungai Petani. Maka dengan kelulusan ini, kebenaran untuk solat jumaat diberikan dan dapat disempurnakan pada 14 Disember 2007 di surau Salman Al-Farisi.
Pada tahun 2009, ahli jawatankuasa telah membuat permohonan untuk mendirikan masjid khariah Bandar Puteri Jaya yang kini dikenali dengan nama Masjid Tunku Sallehuddin,Bandar Puteri Jaya.
Projek pembinaan masjid ini dimulakan pada bulan Mei 2012.
Pada 1 Mei 2014, solat jemaah Maghrib yang pertama telah diadakan dimasjid ini dan solat jumaat pertama pula diadakan pada hari berikutnya 2 Mei 2014.
Terdapat lebih kurang 5000 buah rumah penduduk islam dalam khariah ini dan dianggarkan lebih kurang 20,000 orang nak kariah . Sehingga kini, keluasan masjid masih lagi dapat menampung lebih kurang 3000 jemaah semasa solat jumaat.

Product added!
The product is already in the wishlist!